Tuesday 13 November 2012

Harapan D'blog

PEMBUKA KATA BUAT
PEMBACA BUDIMAN YANG DIKASIHI

Bismillahirrohmanirrohim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah terdetik dihati saya untuk memiliki sebuah blog sendiri setelah sekian lama membaca dan meneliti blog-blog lain yang sedia ada.

Sengaja saya membina blog peribadi ini hanyasanya kerana Allah swt.
InsyaAllah akan saya manfaatkan sepenuhnya blog ini sebagai satu lontara idea-idea dan sudut pandang peribadi saya sendiri selain menjadikan ia sebagai diari maya umum untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat di luar sana.

           Terima kasih buat parapen gunjung blog yang positif serta rajin dalam memperbaiki diri anda sendiri kerana kita harus percaya bahawa nasib kita tidak akan ada sesiapapun mampu mengubah melainkan dengan kehendak dan kemahuan diri kita sendiri.

           Sumbangan idea juga amat di alu-alukan dan salah dan silap mahupun kekurangan mohon di perbaiki dari semasa ke semasa. Sesungguhnya kelemahan itu datang dari diri saya sendiri. Im nothing but  I’m human after all.

"They create more leaders not follower, this is REAL leader.MDNKAS"

Sincerely,
MNKAS

Monday 6 August 2012

A little hope From u, Allah swt.

Alhamdulillah kita di beri kekuatan dan kebebasan pada hari ini untuk meneruskan sesi perjuangan. Di antara soalan yang timbul di benak fikiran,
Di manakah harusku habiskan hayat ku ini? Adakah di arena akademik,Sekolah rendah?Sekolah Menengah? Universiti atau alam pekerjaan? Semua tidak mungkin terjawab kerana kematian datang pada bila-bila masa dan secara tiba-tiba tanpa kita mengetahui bila dan di mana. Jadi marilah sama kita renung dalam surah ad-zdariat ayat yang ke-56 " Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan mengabdikan diri kepadaKu.."
Wahai teman-teman saya ingin mengajak diri saya sendiri dan kalian untuk kita membetulkan niat dan matlamat perjalan hidup kita. Ayuh kita menyediakan diri kita hanya kepada Allah azza wajalla bukannya kepada Bos atau mana-mana makhluk ciptaan Allah swt.
Sekian sahaja renungan buat diri ini terutamanya.